To see the desired glossary, please select the language and then the field of expertise.

    Home
    • Malay
      • Economics
        • Search
          • Term
            • strategi lautan biru
          • Additional fields of expertise
          • Definition(s)
            • Strategi Lautan Biru (National Blue Ocean Strategy-NBOS) merupakan satu strategi yang diperkenalkan pada tahun 2009, yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan di Malaysia. Wikipedia - by Hasni Hastuti
          • Example sentence(s)
            • Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) merupakan pendekatan yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri sejak 2010 dan kini diterapkan dalam pentadbiran Kerajaan. Pendekatan NBOS ini mengutamakan pembangunan idea-idea baharu yang kreatif dan inovatif. Kementerian Pertahanan khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah terlibat dengan beberapa inisiatif NBOS untuk mencapai keberhasilan yang telah dihasratkan di dalam National Key Result Area (NKRA). - Portal RasmiTentera Laut Diraja Malaysia by Hasni Hastuti
            • Timbalan Perdana Menteri (kini bekas TPM) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) adalah yang terbaik seumpamanya di dunia. Beliau berkata menerusi NBOS, pelbagai program dan inisiatif boleh diadakan dengan menekankan kepada tiga elemen iaitu impak yang tinggi, kos penganjuran rendah serta pelaksanaan segera. - Astro Awani by Hasni Hastuti
            • Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa (kini bekas KSU) memberi jaminan bahawa anggota perkhidmatan awam akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi memastikan peruntukan yang disalurkan melalui Bajet 2018 memanfaatkan rakyat dan negara sepenuhnya. Katanya, perkhidmatan awam akan memberi komitmen sepenuhnya untuk melaksanakan Bajet 2018 dengan segera berdasarkan prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi membolehkan rakyat dapat terus menikmati dan memperolehi faedah seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan. - Astro Awani by Hasni Hastuti
          • Related KudoZ question
  • Compare this term in: Croatian, Albanian, Arabic, Armenian, Bulgarian, Chinese, German, Dutch, Greek, English, Spanish, Persian (Farsi), French, Hungarian, Indonesian, Italian, Japanese, Korean, Polish, Portuguese, Russian, Slovenian, Ukrainian

The glossary compiled from Glossary-building KudoZ is made available openly under the Creative Commons "By" license (v3.0). By submitting this form, you agree to make your contribution available to others under the terms of that license.

Creative Commons License